Ini adalah kenangan lama aku yang paling special dan paling sedih.ZSR150 ni tidak ada problem sepanjang aku guna, hanya setakat minor service saja.Motor ni aku beli second hand dari kedai.Kiranya aku tuan kedua la.Kesian kawan tu, sebab berhenti kerja terpaksa tolak motor.Aku pulak tolak motor lama aku Kawasaki AR80R buat deposit.Motor tu aku sayang jugak tapi sebab sudah selalu sangat kondem jadi aku tidak ada pilihan selain "say good bye" buat dia.Lagipun aku sudah lama mengidam mau ambik motor besar sikit.So dapat ZSR150 ni sudah kira okey la.Akupun bukannya hardcore mat motor.Cuma minat saja.Dapat bawak pigi keja pun jadikla. Motor ni ada loan di bank yang belom settle lagi so tiap-tiap bulan aku bayar di bank.Alhamdulillah berkat kesabaran aku akhirnya settle jugak utang.Paling seronok bila sudah jadi hak milik sepenuhnya.Best,tidak payah berhutang lagi.Motor ni aku tidak pernah bawak ke luar daerah, sekadar pakai di pulau ni saja.Pergi keja, balik keja, sangat mudah.Tida payah pikir untuk bayar parking.Kalau jem senang-senang potong line,he..he..he. Puas jugak la aku pakai.Kalau tidak silap dari sejak tahun 1998 hingga 2008.Kira 10 tahun la jugak kan.Malangnya last semester masa study di OUM dulu aku kena settle yuran pengajian yang makan banyak ribu jugak la.Atas nasihat kawan aku terpaksa tolak motor kesayangan aku untuk settle duit pengajian tu.Apa boleh buat sudah nasib badan. Bagaimanapun aku janji pada diri aku lepas tamat pengajian nanti aku mesti cari jugak penggantinya, biarpun tidak sama dan tidak serupa 100%. Janji ZSR150. Terima kasih LA6591 dan selamat bertugas dengan tuan baru...hu..hu..hu.
Sunday, June 7, 2009
Selamat datang ke teratak ZSR150
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat peminat blog dan khususnya peminat Motosikal Kawasaki ZSR150 Ninja. Blog ini diwujudkan sekadar untuk berkongsi maklumat berkenaan Kawasaki ZSR150 kerana puas mencari di internet tapi tiada satupun laman web khas yang membicarakan secara khusus berkaitan Kawasaki ZSR150 ini, walaupun pada pendapat saya, ZSR 150 mempunyai keistimewaannya sendiri.Di samping itu saya juga ingin menjadikan blog ini sebagai landasan untuk saya berkongsi pengalaman memiliki dan menunggang motosikal kegemaran saya ZSR150. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih sekiranya tuan-tuan dan puan-puan dapat berkongsi maklumat berkaitan ZSR150 sekiranya ada.
Wassalam.
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)